BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 27 October 2011

JAMU MAK DARA

Jamu Mak Dara

http://www.jamumakdara.com/images/jmd_besar.jpg

                 Jamu Mak Dara Serbuk( kini serbuk dalam botol 250 gram bukan dalam kotak)

HARGA:RM65.00


Jamu Mak Dara Kapsul

HARGA:RM49.00



Produk Jamu Mak Dara dapat membantu mengurangkan
 masalah-masalah seperti yang selalu dialami oleh wanita 
dari pelbagai peringkat umur. Ia merupakan satu produk 
herba yang menggabungkan warisan sezaman, teknologi
 sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi.
 Khasiat produk Jamu Mak Dara dapat membantu
 menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan
 mengikut keperluan sistem

tubuh.
Selain itu Jamu Mak Dara juga dapat mengurangkan ketegangan 
sendi dan otot, sengal-sengal badan malah ia baik untuk mereka
 yang menghidap Arthritis.
Produk Jamu Mak Dara merupakan pemakanan tambahan yang 
dapat mengatasi masalah dalaman wanita. Kecantikan dalaman 
wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang 
berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat sehingga
 terpancar menampakkan kecantikan tubuh. Jamu Mak Dara
 bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk
 merangsang gaya hidup sihat dan aktif apabila digunakan
 secara berkala dan konsisten berserta pemakanan seimbang dan senaman ringan
Boleh didapati di dalam bentuk serbuk dan juga kapsul.


Antara khasiat produk Jamu Mak Dara ialah:-
1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan
setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran
 hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas
 untuk mengekalkan keseimbangan nya.
2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira
 status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan
 dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat
 memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.
3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena
 otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti
 akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj
 agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.
4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar
 bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim
 bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar
 bagi mengatasi masalah ini.
5. Memberi Tenaga
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda.
 Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri
 dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk
 melakukan tugas harian.
6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan
 dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses
 menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan
 organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj
 serta melancarkan perjalanan darah.
7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan
keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul
 sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat
 badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.
8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran
 lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat
 mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.
9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang ti- dak seimbang dan
pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan
angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.
10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan
besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan
 dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.
11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan
 masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.
12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung
 dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.
13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya
 bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami 
masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan
 yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah
 lemah tubuh badan.


Set Bersalin Ibu Halimah
http://www.jamumakdara.com/images/set_bersalin_big.jpg

HARGA:RM350.00
Amalan berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi
 masyarakat Melayu. Amalan tersebut sangat dititikberatkan oleh
 emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.
Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun
 keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum.
 Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika
dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan
 adalah bengkung tradisional Melayu.
Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi
• Jamu Mak Dara (Serbuk)
• Jamu Mak Dara (Kapsul)
• Losyen Param Ibu Halimah
• Pilis
• Bedak Sejuk
• Rempah Mandi
• Bengkung
• Tungku Kukus Herba
Set Bersalin juga disertakan dengan panduan penggunaan and petua di dalam pantang.

Jamu Almira
http://www.jamumakdara.com/images/almira_besar.jpg

HARGA;RM45.00


Jamu Almira adalah satu produk herba yang digabungkan melalui
 warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan
 hujan yang semulajadi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini
memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan
 daya sistem tahan untuk tubuh.
Kami percaya pemakanan tambahan adalah perlu untuk kesihatan
 dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan. Jamu Almira
 bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk memberi
 kesan yang terbaik apabila digunakan secara berkala dan konsisten
 seperti yang dicadangkan.
Almira dapat :
• Mengatasi masalah keputihan
• Memberi tenaga
•Membuang toksik dalam badan
• Memperbaiki sistem kitaran haid
• Membakar lemak berlebihan
• Membuang angin
• Mengurangkan masalah bau badan
• Mengatasi masalah kemaluan berbau
• Mengurangkan senggugut
• Rahsia untuk kekal Awet Muda
Selain itu Jamu Almira juga amat bagus untuk kebaikan dan kesihatan luar dan dalam anak gadis remaja.

Jamu Vigor For Men
http://www.jamumakdara.com/images/jamu_vigor_besar.jpg

HARGA:RM45.00


Jamu Vigor For Men, telah diamalkan dari satu generasi ke satu generasi.
Dihasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hujan
 Malaysia untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna dan
 kecergasan yang maksima sepanjang hari. Sesuai bagi lelaki
 yang mementingkan kesihatan yang sempuna luar dan dalam,
 malah mementingkan kesejahteraan dan kebahagian suami isteri.
Amalkan pengambilan Jamu Vigor for Men untuk kekal muda dan
 kesihatan yang sejahtera.
Di antara kebaikan Jamu Vigor For Men :
Lemah Syahwat -  Jamu Vigor for Men membantu meningkat libido lelaki
dan membantu peningkatan hormone testosteronelelaki yang meningkatkan
 tahap seksual kaum lelaki.
Stamina – Jamu Vigor for Men membantu memulihkan tenaga yang
 hilang untuk kecergasan sepanjang hari.
Ketagihan Rokok – Selain itu, Jamu Vigor for Men juga membantu
 kaum Adam untuk mengurangkan ketagihan merokok kerana bahan-bahan
 herba yang aktif dapat menyingkirkan kesan nikotin, juga membantu perokok
 yang ingin berhenti serta mempercepatkan proses pemulihan.
Bentuk Tubuh – Jamu Vigor for Men juga dapat membuang toksik dalam
 badan sekaligus menyingkirkan lemak-lemak berlebihan dalam sistem
 tubuh. Ia secara tidak langsung dapat membantu mengawal dan
 menurunkan berat badan serta memperkemaskan bentuk tubuh.

Kopi Mak Dara
http://www.jamumakdara.com/images/kopi_ibu.jpg

HARGA:RM19.00


Kopi Mak Dara adalah kopi yang berherba yang digabungkan melalui
 warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan
 hujan yang semulajadi. Ramuan minuman herba yang inovatif ini
 memberikan kebaikan untuk luar tubuh dan dalam malah meningkatkan
 daya sistem tahan untuk tubuh. Kopi pra-campuran 4 dalam 1 ini, 
mengandungi herba seperti kayu serapat dan direka untuk
 kesihatan dalaman wanita.





0 comments: